Sunday 31 July 2011

All about me!

Family Reals:-
  1. Salihin.
  2. Sabariah.
  3. Syahril.
  4. Syukri.
  5. Syazwani.
  6. Syahir.
  7. Syakib.
  8. Syafiqah(me)
adopted familys(nma Facebook):-

  1. Ham Zaidi.
  2. Isma Dina .
  3. Adiba Idola Kecil III.
  4. Akim Kimie.
  5. Fi Fa.
  6. Natasha Hanim.
 

Tujuan kitab suci Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia ialah:-

  • Sebagai pembimbing dan memberikan panduan kepada manusia.
  • Membimbing manusia tentang cara membentuk akhlak dan masyarakat.
  • Membetulkan akidah manusia yang menyeleweng daripada agama yang benar (Islam).
  • Memberitahu perkara-perkara yang hak (benar) dan yang batil (salah).
  • Memberitahu perkara-perkara yang ghaib (Contohnya : Hari Akhirat, syurga, dan neraka).

Beberapa Peringatan Penting Tentang Sembahyang Jamak Dan Qasar

  1. Tidak boleh dikerjakan sembahyang qasar dan jamak sebelum dimulakan perjalanan (musafir).

  2. Permulaan sembahyang qasar dan jamak ialah setelah keluar dari mukim.

  3. Sembahyang asar tidak boleh dijamak dengan sembahyang maghrib.

  4. Sembahyang maghrib dan subuh tidak boleh diqasarkan.

  5. Bagi jamak takhir tidak perlu niat jamak lagi dalam tahiyat akhir.

  6. Sembahyang jamak dan qasar mestilah dihabiskan semasa di dalam musafir, jika telah sampai ke tempatnya mestilah disempurnakan sembahyang seperti biasa.

Doa Tetap Memuji Allah Walaupun Dalam Kesusahan




      "Sesungguhnya segalanya datang daripada Allah dan sesungguhnya kepada-Nya segalanya akan kembali."

Doa Setelah Belajar Agar Tidak Lupa


      "Wahai Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi dan pemeliharaan para rasul dan ilham pada malaikat yang hampir (dengan-Mu). Wahai Yang Maha Pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang yang arif. Wahai Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang engkau tahu tentang sesuatu berkenaan diriku, kembalilah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu yang berkaitan dengan diriku, wahai Tuhan sekalian alam."

Doa Sesudah Sembahyang Hajat



      "Tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Penyantun lagi Maha Mulia, Maha Suci Allah Penguasa Arasy yang besar, segala puji bagi Allah penguasa alam semesta, aku mohon kepada-Mu segala yang mendatangkan Rahmat-Mu dan segala yang memperkuat ampunan-Mu dan terpeliharanya segala dosa, dan segala keuntungan daripada segala kesalahan, janganlah Engkau biarkan dosa padaku kecuali akan Engkau ampuni, dan kegelisahan yang tidak berkesudahan, kesusahan  yang tiada Engkau lenyapkan, dan sesuatu keinginan yang Engkau reda, kecuali Engkau kabulkan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih."

Doa Sembahyang Hajat (Dalam Sujud)



      "Ya Allah! Aku mohon kepada-Mu dengan kedudukan mulia di sisi singgahsana-Mu dan rahmat serta anugerah yang tiada henti-hentinya daripada ketentuan-Mu, dan dengan nama-Mu Yang Maha Agong dan kebesaran-Mu yang Maha Tinggi serta Firman-Mu yang Amat Sempurna (Lalu anda sebutkan hajat anda)."